Jun 2012 | Formula Kesihatan
Subscribe:

Ahad, 24 Jun 2012

"OBESITI" Epidemik Sedunia

OBESTI merupakan satu insiden tersebar meluas di seluruh pelusuk dunia dengan 43.1% daripada penduduk di malaysia mengalaminya. Lebih kurang 30.9% lelaki dan 32.4% wanita mempunyai berat badan berlebihan sementara 13.9% lelaki adalah obes dan 18.8% adalah wanita.

Dijangka lebih kurang 3.8 juta dan 2 juta orang dewasa berumur 25-64 tahun didapati sama ada masing-masing mempunyai berat badan berlebihan atau obese. Lebih kurang 1 dalam 2 orang dewasa berumur 25 hingga 64 mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Lebih kurang 1/4 setiap orang di muka ini terlalu gemuk. Obesiti merupakan salah satu sebab utama orang meninggal dunia.

- Pasukan Bertindak Obesiti Antarabangsa

Unjuran pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menunjukkan secara global pada tahun 2005, lebih kurang 2.3 bilion orang dewasa mempunyai berat badan yang berlebihan dan lebih kurang 400 juta orangd ewasa obes. WHO mengunjurkan bahawa menjelang 2015, lebih kurang 2.3bilion orang dewasa akan mempunyai berat badan yang berlebihan dan 700 juta akan menjadi obese.

Kematian akibat daripada diabetes akan meningkat lebih 50% di seluruh dunia dalam 10 tahun akan datang.